Tuesday, May 20, 2014

Trend Menyimpan Bumiputra Malaysia Masa Kini Bhg 3


Assalamualaikum

Terdapat lebih 40 syarikat mengurus unit amanah di Malaysia tetapi masih ramai yang tidak sedar dan maklum tentang kelebihan dan kebaikan melabur dengan unit amanah apatah lagi sensitif dengan pelaburan patuh Syariah.

Sekiranya pernah berjumpa dengan mana-mana konsultan unit amanah, kita dimaklumkan bahawa pelabur berpotensi mendapat pulangan tahunan dalam anggaran 10-15%. Kadang lebih terkadang kurang, kita harus maklum tiada apa yang pasti dalam pelaburan. Bahkan sekiranya pelabur telah dijanjikan pulangan yang tetap setiap tahun seperti fixed-deposit, keuntungan tersebut 100% merupakan riba' (sila rujuk fatwa tentang fixed deposit)

Apa yang kita boleh jangka berdasarkan sejarah pergerakan dana, beberapa dana patuh Syariah berpotensi memberikan 100% pulangan dalam masa 5 tahun. Bermaksud pelaburan para pelabur dapat digandakan dalam tempoh tersebut.


Sila rujuk gambarajah contoh pelaburan yang dibuat oleh Cik Z. Membeli unit amanah pada tahun 2006 dengan modal RM1200. Jumlah unit yang beliau ada pada masa ini 19 May 2014 adalah 7315.43. Darab dengan harga unit semasa 0.3858sen, nilai semasa pelaburan beliau merupakan RM2822.29. Pulangan yang Cik Z dapat dalam masa 8 tahun adalah RM1622.29 atau 135% dari modal awal.
Purata pulangan tahunan adalah 16.8%.

Kita boleh ambil situasi seperti enti sebelum ini Trend Menyimpan Bumiputra Malaysia Masa Kini Bhg 2
  1. Modal tahun pertama Cik Afiza RM6408, simpan selama 30 tahun tanpa membuat pengeluaran pulangan tahunan. Sekiranya Cik Afiza menyimpan dengan dana yang sama seperti Cik Z labur, Cik Afiza berpeluang untuk mendapat RM676094.... hampir 3 kali ganda daripada apa yang beliau dapat dengan menggunakan kaedah sama seperti ASB loan method.
  2. Simpanan RM534 setiap bulan selama 30 tahun RM192240. Beliau berpeluang mendapat jumlah simpanan + pulangan RM4,712,259.WOW
Boleh kita fikirkan sama ada berbaloi peminjam membuat pinjaman ASB loan??

Friday, May 16, 2014

Trend Menyimpan Bumiputra Malaysia Masa Kini Bhg 2 : ASB Loan


Assalamualaikum

ASB Loan memang satu produk yang hangat masakini, malah ada pembiayaan Syariah ditawarkan untuk skim pelaburan ini. (pembiayaan Syariah untuk pelaburan tidak patuh Syariah?? macam pelik je??)
Ada beberapa method pelaksanaan ASB loan yang dipraktik oleh pelabur dan peminjam.

Contoh : Cik Afiza memohon pembiayaan ASB dengan bank XXX sebanyak RM100,000. Jumlah bayaran ansuran adalah RM534 dan tempoh ansuran 30 tahun. Beliau tidak membuat pembatalan pembiayaan atau penyelesaian awal untuk pembiayaan.
*    Kita ambil purata dividen tahunan ASB untuk 5 tahun kebelakangan 7.58% dan anggarkan tiada perubahan tahunan (perlu maklum simpanan ASB melalui pembiayaan tidak dibayar bonus, jumlah pembiayaan hanya memperoleh dividen)
**  Andaikan tiada perubahan tawaran kadar BLR (6.6% - 1.65% = 4.95%) untuk pembiayaan

Situasi pertama :
Cik Afiza hanya membayar ansuran RM534 selama setahun, setelah memperoleh dividen yang dibayar oleh ASB,
(cth : dividen tahun pertama RM7580, dari jumlah ini RM6408 digunakan untuk membayar ansuran satu tahun pembiayaan, dan perlakuan ini berterusan sehingga habis ansuran 30 tahun, setiap tahun ada tambahan tunai dari dividen RM1172)
Selepas 30 tahun Cik Afiza berpeluang mendapat jumlah pembiayaan RM100000 + RM142763 (lebihan dividen tahunan) = RM242763
Sekiranya Cik Afiza menggunakan lebihan dividen tahunan RM1172 tersebut, dia hanya akan memperoleh jumlah pembiayaan RM100000 sahaja.
Modal tunai yang dikeluarkan Cik Afiza adalah RM6408 iaitu jumlah ansuran tahun pertama.

Situasi kedua :
Cik Afiza tidak mengeluarkan langsung dividen tahunan beliau sehingga tamat tempoh ansuran 30 tahun. Bayaran ansuran dijelaskan setiap bulan.
Selepas 30 tahun Cik Afiza akan memperoleh RM895252.
Modal tunai beliau adalah ansuran 30 tahun RM192240

Kedua - dua situasi diatas menunjukkan pelabur dan peminjam memperoleh keuntungan. Pelabur maklum bank juga memperoleh keuntungan dari skim ini.

Kelebihan ASB Loan

  1. Pelabur tidak perlu bersusah payah mengeluarkan satu jumlah besar untuk tabungan jangkamasa panjang.
  2. Pulangan ASB dijamin kerajaan, makanya pelabur pasti setiap tahun akan memperoleh dividen.
  3. Modal kecil untuk mendapat keuntungan berlipat ganda di masa hadapan.
  4. Risiko NPL rendah.
Kekurangan ASB Loan
  1. ASB Loan adalah perbankan konvensional.
  2. Pelabur terikat kontrak dengan bank. Ada tempoh had minima untuk bayaran pembiayaan.
  3. CCRIS rekod untuk pembiayaan. Efek komitmen bulanan.

Harus juga kita fikirkan kenapa perbankan patuh Syariah 100% seperti Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat dll tidak menawarkan ASB Loan.


Entri seterusnya kita akan berkongsi cara altenatif untuk simpanan dan pelaburan lain pada dana patuh Syariah, menggunakan method sama seperti di atas.
Sekiranya ada penambahan, teguran, cadangan atau pembetulan daripada pembaca dialu-alukan untuk meninggalkan komen bernas di bawah.
Wassalam.

Thursday, May 15, 2014

Trend Menyimpan Bumiputra Malaysia Masa Kini Bhg 1


Assalamualaikum
Pasti ramai yang pernah dengar dan tahu apa itu Unit Amanah di negara kita Malaysia. Saya juga pasti ramai yang dengar, tahu dan ada menyimpan @ melabur dengan mana-mana unit amanah.
Salah satu yang terpopular di kalangan bumiputra adalah Amanah Saham Bumiputra.
Terhangat di pasaran sekarang adalah pinjaman ASB @ ASB loan yang ditawarkan oleh beberapa konvensional bank seperti CIMB, RHB dan Maybank.
Bumiputra amnya atau Muslim di Malaysia khasnya perlu maklum, ambil tahu dan sedar tentang khilaf kemana kumpulan pelaburan unit amanah ASB dilaburkan.


Dari jadual di atas sejumlah 31.21% pelaburan ekuiti TIDAK PATUH SYARIAH.
28.15% jumlah pelaburan atas perbankan konvensional Maybank (maklum perbankan konvensional adalah berunsurkan riba'

Akan bersambung di entri seterusnya berkenaan ASB Loan