Friday, May 16, 2014

Trend Menyimpan Bumiputra Malaysia Masa Kini Bhg 2 : ASB Loan


Assalamualaikum

ASB Loan memang satu produk yang hangat masakini, malah ada pembiayaan Syariah ditawarkan untuk skim pelaburan ini. (pembiayaan Syariah untuk pelaburan tidak patuh Syariah?? macam pelik je??)
Ada beberapa method pelaksanaan ASB loan yang dipraktik oleh pelabur dan peminjam.

Contoh : Cik Afiza memohon pembiayaan ASB dengan bank XXX sebanyak RM100,000. Jumlah bayaran ansuran adalah RM534 dan tempoh ansuran 30 tahun. Beliau tidak membuat pembatalan pembiayaan atau penyelesaian awal untuk pembiayaan.
*    Kita ambil purata dividen tahunan ASB untuk 5 tahun kebelakangan 7.58% dan anggarkan tiada perubahan tahunan (perlu maklum simpanan ASB melalui pembiayaan tidak dibayar bonus, jumlah pembiayaan hanya memperoleh dividen)
**  Andaikan tiada perubahan tawaran kadar BLR (6.6% - 1.65% = 4.95%) untuk pembiayaan

Situasi pertama :
Cik Afiza hanya membayar ansuran RM534 selama setahun, setelah memperoleh dividen yang dibayar oleh ASB,
(cth : dividen tahun pertama RM7580, dari jumlah ini RM6408 digunakan untuk membayar ansuran satu tahun pembiayaan, dan perlakuan ini berterusan sehingga habis ansuran 30 tahun, setiap tahun ada tambahan tunai dari dividen RM1172)
Selepas 30 tahun Cik Afiza berpeluang mendapat jumlah pembiayaan RM100000 + RM142763 (lebihan dividen tahunan) = RM242763
Sekiranya Cik Afiza menggunakan lebihan dividen tahunan RM1172 tersebut, dia hanya akan memperoleh jumlah pembiayaan RM100000 sahaja.
Modal tunai yang dikeluarkan Cik Afiza adalah RM6408 iaitu jumlah ansuran tahun pertama.

Situasi kedua :
Cik Afiza tidak mengeluarkan langsung dividen tahunan beliau sehingga tamat tempoh ansuran 30 tahun. Bayaran ansuran dijelaskan setiap bulan.
Selepas 30 tahun Cik Afiza akan memperoleh RM895252.
Modal tunai beliau adalah ansuran 30 tahun RM192240

Kedua - dua situasi diatas menunjukkan pelabur dan peminjam memperoleh keuntungan. Pelabur maklum bank juga memperoleh keuntungan dari skim ini.

Kelebihan ASB Loan

  1. Pelabur tidak perlu bersusah payah mengeluarkan satu jumlah besar untuk tabungan jangkamasa panjang.
  2. Pulangan ASB dijamin kerajaan, makanya pelabur pasti setiap tahun akan memperoleh dividen.
  3. Modal kecil untuk mendapat keuntungan berlipat ganda di masa hadapan.
  4. Risiko NPL rendah.
Kekurangan ASB Loan
  1. ASB Loan adalah perbankan konvensional.
  2. Pelabur terikat kontrak dengan bank. Ada tempoh had minima untuk bayaran pembiayaan.
  3. CCRIS rekod untuk pembiayaan. Efek komitmen bulanan.

Harus juga kita fikirkan kenapa perbankan patuh Syariah 100% seperti Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat dll tidak menawarkan ASB Loan.


Entri seterusnya kita akan berkongsi cara altenatif untuk simpanan dan pelaburan lain pada dana patuh Syariah, menggunakan method sama seperti di atas.
Sekiranya ada penambahan, teguran, cadangan atau pembetulan daripada pembaca dialu-alukan untuk meninggalkan komen bernas di bawah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment